sesaja la aQ nk kongsi nie..tuq renungan bersama jugak kan~~
Untuk bertemu dengan orang yang tepat, u’ll harus memainkan peranan yang sangat penting. Ini kerana sedikit sebanyak sikap u’ll mempengaruhi hubungan yang dijalin. Jadi berikut adalah empat syarat penting yang harus ada dalam diri u’ll andai ingin cinta berakhir bahagia
Cintailah diri sendiri sebelum kamu mencintai orang lain
- Kebanyakan drpd u’ll bila bercinta sanggup mengetepikan kemahuan, keinginan serta keperluan diri sendiri demi insan bergelar kekasih. Inilah kesilapan paling besar. Andai u’ll sendiri tak belajar menyayangi diri sendiri bagaimana orang lain ingin menyayangi diri u’ll. Jadi pastikan u’ll sayang diri sendiri terlebih dahulu sebelum ingin menyayangi orang lain
2- Punya pendirian yang tetap.
- seorang punya pendirian akan tahu apa yang dia inginkan untuk diri dan tidak akan berubah mengikut cara orang lain biarpun orang yang disayangi. Inilah yang terbaik kerana apabila u’ll tidak berpendirian, itulah yang menjadi punca hidup mudah dikongkong atau ditentukan oleh orang lain.ini secara tidak langsung membuka ruang untuk orang mempermainkan hati u’ll
3- Bahagikan hidup kamu dengan hal-hal yang lain
- Paling sering berlaku apabila u’ll telah menyayangi seseorang sepenuh hati u’ll akan dihabiskanuntu si dia saje. Segala hobi dan aktiviti turut dihentikan demi untuk memberi perhatian kepada si dia. Namun jangan lupa hidup ini bila kita hanya bergantung pada seseorang dan satu hal saja iaitu cinta, inilah punca utama yang boleh membuat u’ll kecewa teramat sangat apabila hubungan yang dibina terputus ditengah jalan. Jadi belajarlah membahagikan hidup u’ll dengan cinta, kerjaya, famili dan sebagainya.percayalah u’ll akan rasa hidup lebih lengkap dan bahagia bila bijak membahagikan segalanya dengan baik dan teratur.
4- Berkorban biarlah berpada-pada
- Ada yang sanggup bersusah payah dan menyakiti hati sendiri demi melihat orang yang disayangi bahagia. Tidak salah untuk berkorban tapi berpada-padalah. Jangan terlalu melatakkan diri u’ll serendah-rendahnya hingga sanggup biarkan diri sendiri merana semata-mata mahu mengembirakan orang lain. Hidup ini dalam hal apa pon perlu seimbang. Sekiranya si dia ingin gembira maka u’ll juga ada hak untuk rasa sebegitu rupa.
thanks sudi membaca
No comments:
Post a Comment